Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Thursday, August 9, 2012

Ihya' Ramadhan di Tengah Pusat Bandaraya KL- Masjid Jamek

Ihya' Ramadhan di Masjid Jamek Bandaraya KL (Masjid Jamek LRT)

Tarikh: 11 -12 Ogos 2012  

Anjurah: ABIM-PPIWP- WADAH

Kerjasama : Pertubuhan Belia Perdana dan Masjid Jamek Kuala Lumpur
Tempat : Masjid Jamek Kuala Lumpur

Tentatif Program:

11 Ogos 2012: 

4.30 Ptg: Pendaftaran Peserta & Solat Asar
5.00 Ptg:Pembahagian bubur lambuk
7.32 Ptg:Iftar Jama'iy & Solat Maghrib
8.50mlm: Solat Isya' & Terawih
10.30 mlm:Memberi makan kepada gelandangan
11.30mlm: Kembara Mimpi (lelaki di Masjid, perempuan di ruang atas kuaters kakitangan masjid) 

12 Ogos 2012:

4.30 pagi:Qiamulail Perdana
5.00 pagi: Sahur Jama'iy (Sumbangan untuk sahur dialu-alukan)
5.52 pagi: Solat Subuh & Tazkirah
8.00 pagi:Program Transformasi Remaja Muslim Siri 1 (sekolah rendah & menengah-sila bawa anak-anak)
12.00 tgh hari: Bersurai/Tamat

*penyertaan adalah percuma
*tidur dan beriktikaf di masjid
*terbuka kpd lelaki dan perempuan
*sila bawa alat kelengkapan diri dan lapik tidur

Hubungi Sdra Suhail Mohamed Kamaruddin di 019-267 0609 untuk keterangan lanjut

Tuesday, July 31, 2012

Ziarah Kasih

Ziarah Kasih

Pengenalan:
Ziarah Kasih merupakan salah sebuah inisiatif yang digerakkan oleh ABIM Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pertubuhan Belia Perdana dan juga sukarelawan-sukarelawan yang datang dari pelbagai latar belakang yang sudi menyumbang masa, tenaga dan juga wang ringgit bagi mendekati golongan yang berkeperluan. Setiap keluarga yang berkeperluan akan menerima bantuan makanan asas berjumlah RM50 sekotak. Ziarah kasih mengalu-alukan sumbangan individu-individu prihatin yang ingin menyumbang supaya golongan yang berkeperluan ini dapat kita dekati sebaiknya dan seterusnya melorong jalan untuk mereka mendapatkan bantuan bulanan dari agensi-agensi zakat dan baitulmal melalui pengumpulan data latar belakang setiap asnaf yang diziarah.

Program ini dilakukan secara berkala iaitu sekali sebulan dan mensasarkan sekitar lima (5) keluarga pada satu-satu masa. Setiap keluarga asnaf yang diziarahi akan menerima sumbangan sekitar RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja) dalam bentuk barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, garam, telur, biskut, kopi & gula-gula. Pada masa yang sama juga sesi tazkirah dijalankan untuk pedoman keluarga yang dilawati dan sukarelawan yang terlibat. 

Melalui program ini para sukarelawan dapat mengenali lebih rapat dengan asnaf yang terlibat dengan sesi perkenalan dan menanyakan lebih terperinci mengenai situasi sebenar keluarga yang dilawat. Seterusnya data yang dikumpulkan akan dimajukan kepada pihak yang berwajib seperti Baitumal untuk tindakan lanjut mereka.

Siri Pertama:

Ziarah Kasih siri pertama telah dilakukan oleh Sdra. Suhail dan sukarelawan kepada lima (5) keluarga sekitar Kg.Kerdas, Gombak pada 30 Jun 2012.

Siri Kedua:

Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, ziarah kasih siri ke-2 telah dilakukan secara besar-besaran di sekitar Gombak melibatkan Kg. Kerdas, Kg. Padang balang & Kg. Changkat. Sebanyak tiga belas (13) keluarga sempat di ziarah pada hari tersebut.

Aktiviti pada hari pertama Ramadhan 1433H, 23 Julai 2012 tersebut bermula sekitar jam 9.00 pagi dengan sukarelawan yang terlibat berkumpul di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras. Antara sukarelawan yang terlibat terdiri daripada Pertubuhan Belia Perdana, Kelab Pemidato UMNO, Honda Wave Club (HWC), & MyCorps. Jumlah keseluruhan peserta adalah seramai lima belas orang. Sekitar jam 10.00 pagi, sukarelawan ke pasar raya yang berdekatan untuk membeli barang-barang keperluan yang akan disumbangkan. 

Sekitar jam 12.00 tgh hari ziarah dimulakan di Kampung Changkat. 

Keluarga Pertama: 

Keluarga ke-2:

Kg. Padang Balang

Keluarga ke-3: 
Keluarga ke-4:  

Keluarga ke-5: 

bersambung...

Sunday, July 29, 2012

Sekitar Kempen Seorang Sekampit Beras siri-1 2012

Lokasi: Surau Al- Mustaqimah, Taman Jaya, Bandar Tun Razak

Surau Al-Mustaqimah, Taman Jaya
Masa:  4.00 petang – 11.00 malam
 
Ketua AJK Pelaksana: Sdra. Ahmad Siddiq Adnan
Kerjasama:Pertubuhan Belia Perdana, Sukarelawan PUSRAWI & Skuad Cakna PAS Bandar Tun Razak

Jumlah Penerima Sumbangan: 94 keluarga
Meliputi penduduk: Flat Labuan, Taman Mulia & Taman Jaya
Jumlah Sumbangan : RM 5, 922.00

Beras yang disumbangkan oleh penderma yang budiman

Sekitar 94 wakil keluarga yang menerima sumbangan

Tazkirah Ramadhan oleh Sdra. Raimi, SUA ABIM Pusat

Penyampaian sumbangan (Beras 5kg & wang tunai RM50)

Antara sukarelawan yang menyumbangkan tenaga

Sesi pengumpulan data asnaf-asnaf untuk tindakan selanjutnya oleh ABIM Wilayah

Friday, July 27, 2012

Rayuan Dana Kempen Seorang Sekampit Beras ABIM Wilayah

Rayuan Dana Kempen Seorang Sekampit Beras 
ABIM Wilayah 

Jadual Pengagihan Kempen SeorangSekampit Beras Ramadhan 1433H

Bil
Tarikh
Lokasi
JumlahPenerima
(Sasaran) -Orang
Catitan
1
28 Julai 2012
1400-2300
Taman Jaya, Bandar TunRazak
100
Sumbangan beras, duit raya, iftar & terawih
2
29 Julai 2012
0900-2300
PPRT Cochrane
100
Sumbangan beras & duit raya
3
4 Ogos 2012
1000-1230
Flat Angkasa, Surau Blok 20, Pantai Dalam
100
Sumbangan beras & duit raya

4
5 Ogos 2012
1430- 2300
Masjid Ubudiah, Ampang
50
Sumbangan beras, duit raya,  iftar & terawih

Sumbangan melibatkan:
i.                  Beras - 5 Kg (RM13.00)
ii.              Duit Raya – RM50.00

Anggaran Kos Keseluruhan: RM63 x 350 orang = RM22, 050.00