Pengenalan:
Ziarah Kasih merupakan salah sebuah inisiatif yang digerakkan oleh ABIM Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pertubuhan Belia Perdana dan juga sukarelawan-sukarelawan yang datang dari pelbagai latar belakang yang sudi menyumbang masa, tenaga dan juga wang ringgit bagi mendekati golongan yang berkeperluan. Setiap keluarga yang berkeperluan akan menerima bantuan makanan asas berjumlah RM50 sekotak. Ziarah kasih mengalu-alukan sumbangan individu-individu prihatin yang ingin menyumbang supaya golongan yang berkeperluan ini dapat kita dekati sebaiknya dan seterusnya melorong jalan untuk mereka mendapatkan bantuan bulanan dari agensi-agensi zakat dan baitulmal melalui pengumpulan data latar belakang setiap asnaf yang diziarah.
Program ini dilakukan secara berkala iaitu sekali sebulan dan mensasarkan sekitar lima (5) keluarga pada satu-satu masa. Setiap keluarga asnaf yang diziarahi akan menerima sumbangan sekitar RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja) dalam bentuk barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, garam, telur, biskut, kopi & gula-gula. Pada masa yang sama juga sesi tazkirah dijalankan untuk pedoman keluarga yang dilawati dan sukarelawan yang terlibat.
Melalui program ini para sukarelawan dapat mengenali lebih rapat dengan asnaf yang terlibat dengan sesi perkenalan dan menanyakan lebih terperinci mengenai situasi sebenar keluarga yang dilawat. Seterusnya data yang dikumpulkan akan dimajukan kepada pihak yang berwajib seperti Baitumal untuk tindakan lanjut mereka.
Siri Pertama:
Ziarah Kasih siri pertama telah dilakukan oleh Sdra. Suhail dan sukarelawan kepada lima (5) keluarga sekitar Kg.Kerdas, Gombak pada 30 Jun 2012.
Siri Kedua:
Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, ziarah kasih siri ke-2 telah dilakukan secara besar-besaran di sekitar Gombak melibatkan Kg. Kerdas, Kg. Padang balang & Kg. Changkat. Sebanyak tiga belas (13) keluarga sempat di ziarah pada hari tersebut.
Sekitar jam 12.00 tgh hari ziarah dimulakan di Kampung Changkat.
Keluarga Pertama:
Keluarga ke-2:
Kg. Padang Balang
Keluarga ke-3:
Keluarga ke-4:
Keluarga ke-5:
bersambung...
0 comments:
Post a Comment