Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Friday, August 14, 2009

ABIM WILAYAH UCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA USTAZ ASRI RABBANI


Assalaamualaikum,

"Dunia yang yang fana akan ditinggalkan, hanya amalan yang dibawa". Begitulah bait lirik yang dikarang sendiri oleh Ustaz Asri daripada Kumpulan Rabbani. Semalam 13 Ogos 2009, beliau pergi meninggalkan dunia yang fana' ini. Moga amalan kebaikan dan dakwah yang beliau taburkan selama hampir dua dekad dalam mengalunkan lagu2 dakwah ini diterima amalnya oleh Allah SWT.

Kami di Abim Wilayah mengucapkan Takziah atas pemergiannya. Semoga keluarga beliau tabah dengan dugaan ini dan doa kami agar rohnya ditempatkan di kalangan salafus-soleh. Amin. Al-Fatihah.

KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohd Asri Ibrahim (gambar), meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai (PMC), Bangsar, di sini akibat sakit jantung, pagi semalam. Allahyarham rebah kira-kira jam 10.30 pagi ketika raptai pelancaran program Syahadah musim kelima, di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum dihantar ke PMC untuk rawatan. Adik iparnya, Adha Buyong, berkata Mohd Asri, 40, dan berasal dari Klang, Selangor menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

"Saya menerima panggilan memaklumkan abang ipar saya pengsan. Pagi tadi (semalam) memang abang Asri mengadu tidak sihat dan muntah-muntah, namun dia tetap menyertai raptai itu," katanya ketika ditemui di PMC. Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Jannah Shahdan, 38, dan enam anak, Mohd Nasimuddin, 15; Mohd Fathi, 14; Nor Afikah, 12; Mohd Ilham, 10; Sofiyah Munawarah, 6, dan Hamidi Rabbani, 4. Jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam selepas Maghrib, semalam.


Zaihan Mahamud.
Yang Di Pertua
ABIM Wilayah Persekutuan

Wednesday, August 5, 2009

ABIM gesa kerajaan percepatkan proses penggubalan undang-undang baru menggantikan ISA

ANGKATAN Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa pihak kerajaan mempercepatkan tindakan bagi proses penggubalan undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA.

Ini bagi memastikan supaya kegiatan protes terhadap ISA oleh sebahagian dari anggota masyarakat di negara ini, sebagaimana yang telah berlaku kelmarin dapat dielakkan dari berterusan.

Antara tindakan segera yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mempercepatkan proses penggubalan undang-undang baru menggantikan ISA ini ialah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya Khas yang dianggotai oleh tokoh-tokoh dari pelbagai sektor masyarakat, meliputi pihak kerajaan, pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan menyertainya.

Pihak kerajaan tidak harus memandang ringan protes-protes yang dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat ini sebagaimana yang terjadi kelmarin kerana ia merupakan manifestasi bantahan terhadap perlaksanaan ISA yang dilihat telah banyak melanggar batas-batas hak asasi warganegara dari kerangka perlembagaan.

Sehubungan dengan itu juga, ABIM ingin meminta pihak keselamatan membebaskan mereka yang ditahan pada perhimpunan kelmarin dengan kadar yang segera.

ABIM juga ingin meminta orang ramai supaya memberi peluang dan masa kepada pihak kerajaan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, yang telah membuat kenyataan rasmi untuk membuat kajian semula terhadap akta ini, menyempurnakan janjinya. Ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat terbanyak hendaklah dipelihara oleh semua pihak.

ABIM ingin terus mempertegaskan sikapnya pada sebelum ini iaitu ISA hendaklah dihapuskan kerana ia bertentangan dengan prinsip hak kemanusian dari perspektif agama Islam. Oleh itu, ISA hendaklah diganti dengan satu undang-undang baru yang lebih adil sejajar dengan tuntutan agama dan perlembagaan Malaysia.
‘Menegakkan Kebenaran Dan Keadilan’

MUHAMAD RAZAK IDRIS
Presiden,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

SAF PIMPINAN ABIM 2009-2011

Assalamu'alaikum warahmatullah

Sahabat2 AWP yg dihormati sekelianBerikut adalah sof pimpinan ABIM 2009-2011 yg telah diumumkan oleh Tuan Haji Shaharuddin bin Badaruddin (Timbalan Pengerusi MSK) semasa Muktamar Sanawi ABIM ke-38 di SAMTAJ Seksyen 11 Shah Alam.

1. Presiden: Muhammad Razak bin Idris
2. Timbalan Presiden: Amidi bin Abd Manan
3. Naib Presiden (Kebangsaan) : Ahmad Sapruddin bin Yusup
4. Naib Presiden (Antarabangsa) : Khairul Faiz bin Abdul Morat
5. Naib Presiden (HELWA): Fadhlina binti Siddiq
6. Setiausaha Agung: Mohd Raimi bin Abdul Rahim
7. Setiausaha Kewangan: P. Aizan bin Tukirin
8. Penolong Setiausaha Agung: Maria Kamel

Ketua Biro

9. Dakwah: Ustaz Mohd Naim bin Mohd Nor
10. Penataran: Abdul Razak bin Ariffin
11. Penerangan: Mohd Hilmi bin Ramli
12. Pembangunan Sosial: Akmal Hisham bin Abdul Rahim
13. Ikhtisas: Dr. Mohd Mahyudi bin Mohd Yusop
14. Kesihatan: Dr. Saifullah al-Hany
15. Latihan: Noryzal bin Zainal Abidin
16. Pendidikan: Dr. Haslinda binti Abdullah
17. Penyelidikan: Fauwaz Hasbullah
18. Tugas-Tugas Khas (Teknologi Maklumat): Adli bin Abdul Wahid
19. Tugas-Tugas Khas (Hubungan Antarabangsa) : Jufitri bin Joha

Tahniah diucapkan.Wassalam

Wednesday, July 22, 2009

SUKAN TASKI ABIM UNIT AMPANG

Sukan Taski Unit Ampang - Ahad 12 Julai 2009
YDP ABIM Wilayah merasmikan kejohanan sukan ini. Hebat melihat anak2 bersaing sesama sendiri sambil melihat ibu bapa yang girang menyaksikannya. Semoga Taski ABIM di sini akan terus maju dan cemerlang dalam mendidik anak2 ini menjadi insan yang soleh dan solehah.







Tuesday, July 14, 2009

ABIM alu-alukan keputusan memansuhkan PPSMI

ANGKATAN Belia Islam Malaysia (ABIM) mengalu-ngalukan keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai sessi persekolahan tahun 2012.

Keputusan ini menandakan kesediaan untuk pihak pembuat dasar hujah-hujah ilmiah yang telah dikemukakan oleh tokoh akademik, pendidikan, sasterawan serta mahasiswa mengenai kelemahan PPSMI semenjak ia dilaksanakan pada tahun 2003 yang lalu.

Menerusi keputusan ini, ia juga menzahirkan indikasi positif terhadap suburnya amalan demokrasi di negara ini terutama sekali dalam sektor-sektor yang menyentuh kepentingan rakyat seperti pendidikan dan lain-lain.


Dalam pada itu, ABIM ingin menegaskan bahawa perlunya usaha secara bersepadu dan berterusan untuk memperkasa Bahasa Melayu selaras dengan kedudukannya di dalam perlembagaan persekutuan, seperti meluaskan penggunaannya di pelbagai sektor di samping menjadikannya sebagai medium terbaik untuk mencipta integrasi di antara pelbagai kaum di negara ini.


DEMI KEBENARAN DAN KEADILAN


YUSRI MOHAMMAD
PRESIDEN
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

Saturday, July 11, 2009

PEMANSUHAN PPSMI

ASSALAMUALAIKUM,

Pemansuhan PPSMI yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dua hari disokong sepenuhnya oleh majoriti rakyat. Walaupun, terdapat sesetengah pihak yang menentang pemansuhan ini, fakta dan data yang dibentang menunjukkan dasar tersebut telah gagal untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Saya telah lama menekankan dalam mana2 perbincangan, penerangan dan diskusi bahawa cara terbaik untuk belajar sesuatu bahasa ialah dengan menguasai bahasa tersebut dengan memantapkan penggunaan tatabahasa, pertuturan dan kesusasteraannya. Contoh yang terbaik ialah dengan kita melihat para pelajar yang akan dihantar belajar oleh negara kita ke sesebuah negara yang tidak menggunakan Inggeris sebagai bahasa utama mereka seperti Peranchis, Jerman, Jepun ataupun Korea.

Kita akan dapati sebelum mereka mendalami ilmu dalam bidang apa sekalipun, mereka diwajibkan mengikuti dan lulus kursus intensif selama 3 bulan hingga ke setahun untuk memahirkan diri mereka dalam bahasa tersebut. Bukannya dengan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa tersebut. Justeru, pengumuman TPM yang menyebut penekanan terhadap pemantapan bahasa Inggeris akan dipertingkatkan melalui beberapa kaedah tambahan amat saya alu-alukan.

Namun terdapat satu kemusykilan tentang pengumuman pemansuhan PPSMI ini. Sewaktu PPSMI dikuatkuasakan, Kementerian Pelajaran hanya mengambil masa 6 bulan untuk ia dimulakan. Tetapi kini 2012 barulah hendak dikuatkuasakan. Sepatutnya, bermula 2010 pelajar tahun 1 dan 4 di sekolah rendah serta Tingkatan 1 dan 4 di sekolah menengah sepatutnya telah boleh bermula dengan Bahasa Melayu. Penterjemahan semula buku2 ke bahasa Melayu boleh dilakukan secara berperingkat seiring dengan proses pemantapan Bahasa Inggeris. Kenapa perlu hendak ditunggu sehingga 2012?

Kemukakan pandangan anda agar Abim Wilayah dapat membuat satu kenyataan akhbar sesegera mungkin berkenaan hal ini.

Zaihan Mahamud
Yang Di Pertua
Kajang 7.07 am
11 Julai 2009

Thursday, July 2, 2009

ISLAMIC OUTREACH ABIM CHARITY WALK



Assalamualaikum,

Islamic Outreach-ABIM (IOA) akan menganjurkan " charity walkathon " pada 5 Julai 2009 (Ahad) bermula dan berakhir di 3402 Jln Ampang Hilir 2, 55000 KL ( map attached). Penyertaan terbuka kepada semua peringkat umur, bangsa agama dan negara. Yuran pendaftaran ialah sebanyak RM15 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak) . Peserta akan diberi goody bag, t-shirt,sijil dan medal kepada pemenang.

Pendaftaran boleh dibuat secara online di http://www.islamicoutreach.com.my/. Sila hubungi IOA di talian 03-4256 9822 (En Azlan Nayan) untuk keterangan lanjut. Bagi yang mempunyai kelapangan masa pada hari dan tarikh tersebut pihak IOA dengan sukacitanya menjemput semua pihak menyertai aktiviti ini - beriadah sambil beramal. Datanglah beramai-ramai bersama keluarga, rakan taulan dan teman-teman untuk memeriahkan lagi aktiviti yang berfaedah ini.

Walkathon amal ini ialah untuk mengumpul dana bagi aktiviti amal IOA - akan di salurkan kepada anak yatim dan miskin, saudara baru, orang asli, pesakit-pesakit di hospital & golongan OKU.