Friday, August 14, 2009

ABIM WILAYAH UCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA USTAZ ASRI RABBANI


Assalaamualaikum,

"Dunia yang yang fana akan ditinggalkan, hanya amalan yang dibawa". Begitulah bait lirik yang dikarang sendiri oleh Ustaz Asri daripada Kumpulan Rabbani. Semalam 13 Ogos 2009, beliau pergi meninggalkan dunia yang fana' ini. Moga amalan kebaikan dan dakwah yang beliau taburkan selama hampir dua dekad dalam mengalunkan lagu2 dakwah ini diterima amalnya oleh Allah SWT.

Kami di Abim Wilayah mengucapkan Takziah atas pemergiannya. Semoga keluarga beliau tabah dengan dugaan ini dan doa kami agar rohnya ditempatkan di kalangan salafus-soleh. Amin. Al-Fatihah.

KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohd Asri Ibrahim (gambar), meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai (PMC), Bangsar, di sini akibat sakit jantung, pagi semalam. Allahyarham rebah kira-kira jam 10.30 pagi ketika raptai pelancaran program Syahadah musim kelima, di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum dihantar ke PMC untuk rawatan. Adik iparnya, Adha Buyong, berkata Mohd Asri, 40, dan berasal dari Klang, Selangor menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

"Saya menerima panggilan memaklumkan abang ipar saya pengsan. Pagi tadi (semalam) memang abang Asri mengadu tidak sihat dan muntah-muntah, namun dia tetap menyertai raptai itu," katanya ketika ditemui di PMC. Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Jannah Shahdan, 38, dan enam anak, Mohd Nasimuddin, 15; Mohd Fathi, 14; Nor Afikah, 12; Mohd Ilham, 10; Sofiyah Munawarah, 6, dan Hamidi Rabbani, 4. Jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam selepas Maghrib, semalam.


Zaihan Mahamud.
Yang Di Pertua
ABIM Wilayah Persekutuan

0 comments:

Post a Comment